tolong click saya! =)

Monday, May 21, 2012

Terima kasih...

Terima kasih sahabat..kerana kau orang pertama berjaya membuat ku mengalirkan air mata dalam persahabatan.terima kasih kerna keegoanmu.

aku kira, ku sudah mahu melupakan hati yang terluka kerana sikapmu. ku rendahkan egoku .tapi rupanya ego mu lebih

lebih tinggi melangit daripadaku. Rupanya tempoh perkenalan yang lama dengan mu, tak menjanjikan yang ku kenal kamu

siapa. apa warna kulitmu. Namun aku gembira andai kau sekarang sedang berbahagia. itu yang aku selalu titipkan dalam

doaku. Aku akan terus hilang dari duniamu sahabat. Namun ku mahu kau tahu, aku tidak pernah melupakan mu.

walaupun seolah-olah aku tidak mengambil berat mu, namun aku masih kenang kau sebagai sahabatku. semoga kau membaca

entry ku kali ini ...

Sunday, May 6, 2012

sihir

Assalamualaikum dan salam keamanan.

Entry kali ini berbaur agak kuno.kolot mungkin?(pandangan manusia zaman sekarang yang kononnya moden) Tapi itu lah

realiti kehidupan. Mungkin tidak perlu isu ini dikupas dengan mendalam. Tetapi aku sangat pelik dengan manusia yang

bernama Melayu yang sangat suka menggunakan ilmu hitam .senang kata DENGKI bila melihat kesenangan orang lain.

Apa ya, yang difikir oleh mereka? kesenangan & kebahagiaan yang mereka anggap hakiki? OHH..Aku kira ,mereka-mereka yang

terlbat dengan sihir ini sangat la gila dan rugi!

Satu sahaja yang boleh dijadikan renungan bersama :

" Keluar nya syaitan dari syurga adalah kerana keingkaran terhadap perintah Allah ketika disuruh sujud kepada Adam A.S.

Syaitan tidak menyekutukan Allah ,malah mengakui keesaan Allah. Tetapi ia cuma ingkar terhadap perintah Allah supaya sujud

kepada Adam A.S . Tetapi mengapa kita manusia biasa, dengan bangga meminta pertolongan dari selain-Nya?"

Semoga iman kita sentiasa dalam laluan yang sebenar.amin.

Entry ini ditulis selepas melihat movie: Sumpahan Kum-Kum .

Friday, May 4, 2012

Dunia dan Sahabat

Assalamualaikum dan salam keamanan.

Dunia..

Dewasa ini, dunia makin dipenuhi dengan makhluk-makhluk 'cakap tak serupa bikin' .

Hari ini berkata A, tetapi yang dilakukan hari esok adalah B.

Berjanji adalah perkara biasa,seolah-olah ikrar biasa di mulut.

Tahukah anda bahawa antara ciri-ciri orang munafik adalah 'tidak mengotakan janji apabila berjanji'?

Ya, memang dunia semakin menuju ke alam penghancurannya.

Aku semakin runsing melihat propa-propa manusia disekelilingku.Berlumba-lumba meng'update' status di laman muka

buku tentang yang baik-baik sahaja.Namun realitinya,? Tuhan saja yang tahu.

Semakin lama ,semakin muak. Semakin lama, semakin pelik dan jelik. Namun ku akui, ini lah manusia.

Aku juga manusia. Kadang-kadang kita mampu menuding jari ke arah sesiapa pun apabila dia melakukan kesalahan.

Tapi, adakah kita mampu menuding jari ke arah kita sendiri apabila sesuatu hal itu berpunca daripada kita sendiri?

Kadang-kadang aku tertanya-tanya, adakah mereka sedar sikap mereka yang menjengkel kan ?

Atau pun sememangnya mereka sedar, namun mereka EGO mahu mengaku kesalahan diri mereka sendiri? Ku akui, diusiaku ini tidak layak bercerita mengenai pengalaman.

Namun, sepanjang hidupku, bermacam ragam manusia yang ku lihat.

Kadang-kadang aku hanya mampu tersenyum melihat telatah mereka.

Sememangnya ramai manusia di dunia ini tidak melakukan apa yang mereka ikrar kan.

Sahabat ..

Sahabat bagiku adalah seorang yang mampu bersamaku ketika susah dan senangku.

Berkawan biar berpuluh tahun, namun belum tentu kita dapat meneka apakah kulit kawan kita yang sebenarnya.

Ya, memang benar kata-kata Junjungan kita bahwa hendaklah mencintai sesuatu perkara itu berpada-pada dan tidak berlebih-lebihan.kelak apa yang dicintai itu akan menjadi perkara yang paling kita benci suatu hari nanti dan sebaliknya.

Kadang-kadang aku terfikir, mengapa lelaki lebih mementingkan rakan-rakan dan sahabatnya berbanding pasangannya?

Nahh, lihat saja buktinya di sekeliling kita ----> seorang lelaki meskipun apabila dalam perhubungan akan lebih mementingkan rakannya lebih daripada teman wanitanya. Aku sendiri pernah bertanya kepada seorang hamba Allah ini, yang ku kira matang dalam kehidupan.

Jawapannya mudah sekali--> Kita mengenali sahabat kita terlebih dahulu daripada pasangan kita.

Benar, berkawan berpuluh tahun namun belum tentu kita dapat mengenal hati budinya.

Namun, seorang sahabat yang baik tidak akan pernah meninggalkan kita ketika kita ditimpa celaka berbanding pasangan yang kita baru kenali.

Namun aku membantah dan berdebat bahwa ada saja pasangan yang benar-benar berhati baik dan bersama kita ketika susah dan senang.Dia mengakuinya.

Namun dia bertanya semula, berapa ramai pula pasangan yang bercerai zaman sekarang ini? Selepas bercerai, adakah seseorang itu akan berdiam diri seorang diri?

Tidak!! dia pasti mencari semula rakan-rakannya. Aduh, benar juga katanya .Aku hanya mampu terdiam.Tiada perdebatan antara kami.

Mungkin ya benar kata-katanya. Pengalaman saudara perempuanku mengenai rakannya mungkin dapat menjawab segala persoalanku mengenai 'sahabat'.

Bertahun shabatnya menjarakkan diri dengan dirinya setelah berkahwin, namun satu hari akhirnya dia mencari juga sahabatnya yang telah ditinggalkannya.

Namun, apa gunanya lagi pabila hati sahabat telah terluka dengan sikapnya selama ini? Untuk apa dia mancari sahabatnya semula? Namun segala persoalan terjawab .

Hanya mahu meluahkan masalah yang dihadapi olehnya? Masalah bersama mertua? masalah kewangan? masalah rumahtangga? Aduhai ..ini lah manusia . Dahulunya bukan main bangga mengasingkan dan menjarakkan diri.

Megah berkata-kata mengenai status barunya sebagai isteri orang.

Seolah-olah dunianya kini sudah lengkap sepenuhnya mempunyai suami.Dan seolah-olah hinakah tidak bersuami lagi?

Oh, tetapi sememangnya benar .

Sahabat yang baik memang benar tidak akan pernah meninggalkan kita ketika kita susah meskipun hati nya sangat terluka dengan sikap dan perbuatan kita.

Benar, syurga seorang wanita/isteri berada di bawah telapak kaki suaminya. Namun, ku kira mungkin tidak perlu berubah sikap terhadap rakan-rakan .

Bagiku, pasangan dan sahabat sama pentingnya dalam hidupku.

ku kira ,Pasangan yang baik juga tidak akan pernah melarang kita menghargai sahabat-sahabat kita dan menganggap sahabat kita adalah sahabatnya juga.

Aku berdoa agar diriku tidak menjadi seperti sahabat di atas apabila aku mempunyai kehidupan yang baru nanti.InsyaAllah.

p/s : coretan ini kutitipkan berdasarkan akal fikiran yang waras dan pendapat. bukan mengikutkan hati .No offense.

Coretan ini kutitipkan buat renungan diriku dan sahabat yang kusayangi. Semoga sahabat-sahabtku sentiasa berbahagia hendaknya. =) .amin.

salam keamanan.